=> Anda di laman: PENGENALAN Kor-SUKSIS UMS
PENGENALAN DAN SEJARAH
Idea penubuhan Kor-Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) pada peringkat awalnya diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika tersebut menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Hasrat untuk membentuk jawatan sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi. Hasilnya, YDH Ketua Polis Negara telah mengarahkan agar Kor-SUKSIS ditubuhkan di semua IPTA berasaskan prinsip penubuhan Kor-SUKSIS Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menubuhkan unit tersebut lebih awal.
Universiti Malaysia Sabah sebab melihat program ini amat sesuai sebagai instrumen membina sahsiah, displin dan ketahanan diri mahasiswa sebagaimana yang diperolehi manfaatnya dari program pakaian beruniform lain seperti PALAPES dan KESATRIA. Maka itu pada penghujung tahun 2003, UMS telah memohon kepada Ketua Polis Negara agar Kor Sukarelawan Siswa polis (SUKSIS) dapat ditubuhkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Akhirnya selepas beberapa pertemuan pihak Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin ketika itu sebagai Timbalan Naib Canselor (HEP) dengan pihak PDRM iaitu Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang diketuai oleh YDH. Datuk Kamaruddin Mohd. Ali maka Kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) telah dilaksanakan buat julung kalinya di Universiti malaysia Sabah pada 9hb Julai 2004 dengan pengambilan sebuah platun lelaki (36 pelatih) dan sebuah platun wanita (28 pelatih) yang melibatkan 64 orang mahasiswa-mahasiswi tahun pertama dan kedua. Proses pemilihan dan pengambilan pelatih telah dibuat pada 15hb-16hb Julai 2004 dibawah penyeliaan Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh Pesuruhjaya Polis Sabah sementara sesi latihan yang pertama telah dimulakan pada 24hb Julai 2004 dibawah bimbingan pegawai dan anggota Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu.
Seramai 5 orang kakitangan UMS telah dilantik sebagai Pegawai Kehormat yang telah ditauliahkan pada 9hb April 2005 sempena Majlis Pelancaran Kor Sukarelawan Siswa Polis UMS. Pegawai-pegawai Kehormat adalah seperti berikut:
ACP Kehormat Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
SUPT Kehormat Prof. Madya Dr. Shariff A.K. Omang
Pengarah Pusat Ko-Kurikulum Dan Pemajuan Pelajar
DSP Kehormat Dr. Jualang @ Azlan Gansau
Pengetua Kolej Kediaman 'A', UMS
ASP Kehormat Mohd. Farish Hussain
Penolong Pendaftar (Perhubungan Awam) UMS
Sesi latihan yang pertama telah dimulakan pada 24hb Julai 2004 dibawah bimbingan pegawai dan anggota Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu. Majlis Pelancaran Kor-SUKSIS dan Pertauliahan Pegawai Kehormat telah dilaksanakan oleh YDH Dato' Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara pada 9hb April 2005.
Buat masa ini, proses perlantikan serta penubuhan Kor-SUKSIS menggunapakai Kaedah / Perjawatan Sukarelawan Polis (PVR), Seksyen 34 hingga Seksyen 46 dan Seksyen 77 hingga Seksyen 84 Akta Polis 1967.
OBJEKTIF
Sebagai sebuah badan yang menjalankan aktiviti kepolisan, Kor-SUKSIS menggariskan beberapa objektif penubuhan. Di antaranya ialah:
Memperkenalkan profesyen kepolisan yang menjanjikan kerjaya manarik dan mencabar.
Memberikan pendedahan berkenaan bidang undang-undang dan penguatkuasaan.
Menerapkan nilai disiplin kepolisan yang tinggi.
Mewujudkan kesedaran sivik dan sikap tanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara.
Membentuk kekuataan fizikal dan mental sekaligus personaliti yang cemerlang.
Mengimbangi pembentukan jasmani, emosi, rohani, dan intelek sesuai dengan kehendak semasa.
MOTO
Sesuai dengan objektif penubuhan Kor-SUKSIS, moto yang dipilih sebaagai pembentuk identiti ialah "Pendaulat Maruah Bangsa".
=> Anda di laman:
PENGENALAN Kor-SUKSIS
UMS