=> Anda di laman:  KEANGGOTAAN Kor-SUKSIS UMS

 

SYARAT KEMASUKAN

         Mana-mana warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 50 tahun adalah layak memohon untuk menganggotai Kor-SUKSIS. Tambahan pula, pemohon lelaki perlu mempunyai ketinggian minimum 162cm (5 kaki 4 inci), lilitan dada 81cm/86cm (32Inci/34 Inci), berat minumum 48kg; Bagi pemohon wanita pula, ketinggian minimum ialah 152cm (5 kaki) dan berat minimum ialah 43kg. Bagi pegawai Kanan Kor-SUKSIS, syarat umur yang ditetapkan ialah 21 tahun ke atas dan calon tersebut perlulah sedang berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi di mana Kor-SUKSIS ditubuhkan. Pegawai Kanan Kor-SUKSIS yang terpilih boleh dilantik kepangkat Inspektor Kehormat hingga Penolong Komisioner Kehormat. Bagaimanapun, pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada pencalonan daripada pihak pentadbiran universiti sendiri.


ANGGOTA PEGAWAI KANAN KOR-SUKSIS (UMS)

          Bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS), seramai lima orang Pegawai Kanan Kor-SUKSIS telah dilantik terdiri daripada:-

  1. ACP Kehormat Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin
    Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

  2. SUPT Kehormat Prof. Madya Dr. Shariff A.K. Omang
    Pengarah Pusat Ko-Kurikulum Dan Pemajuan Pelajar

  3. DSP Kehormat Dr. Jualang @ Azlan Gansau
    Pengetua Kolej Kediaman 'A' dan 'B', UMS

  4. ØASP Kehormat Mohd. Asyraaf Abdullah
    Pegawai Belia dan Sukan UMS
  5. ASP Kehormat Mohd. Farish Hussain
    Penolong Pendaftar (Perhubungan Awam) UMS


KEANGGOTAAN SEMASA DAN PENGAMBILAN ANGGOTA KOR-SUKSIS

        Bagi keanggotaan pelatih Kor-SUKSIS UMS pula, buat masa ini seramai 26 siswi dan 38 siswa yang menyertai Kor-SUKSIS pada bulan Julai 2004 sedang menjalani latihan asas di bawah penyeliaan jurulatih penuh masa yang dilantik oleh pihak PDRM. Pengambilan anggota Kor-SUKSIS akan diadakan setiap sesi tahun pangajian baru UMS (kira-kira bulan Jun atau bulan Julai setiap tahun). Buat masa ini, pengambilan anggota dihadkan kepada 80 pelatih yang dibahagikan kepada dua platun iaitu sebuah platun lelaki dan sebuah platun wanita.


KEISTIMAWAAN PELATIH SUKSIS

        Pelatih-pelatih Kor-SUKSIS layak untuk menikmati beberapa keistimewaan dan di antaranya iala Elaun Tugas Harian iaitu RM4.35 sejam untuk Pegawai Kanan dan RM3.00 sejam untuk Anggota Pangkat Rendah (APR) dengan mengambil kira jangkamasa penugasan tidak kurang 24 jam sebulan tetapi tidak lebih daripada 48 jam sebulan, Saguhati Tahunan iaitu RM520.00 untuk Saguhati Penuh, RM390.00 untuk Saguhati Tiga Suku dan RM260.00 untuk Saguhati Separuh berdasarkan jumlah jam kerja dalam setahun serta turut menikmati Elaun Perbatuan, Elaun Pakaian Seragam dan beberapa elaun lain selain akan ditanggung sepenuhnya ketika menjalankan latihan mingguan serta latihan tahunan termasuklah ketika menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain.

        Daripada aspek undang-undang, Seksyen 45 Akta Polis memberikan kuasa dan imuniti kepada Sukarelawan polis serupa dengan Pegawai Polis yang sama pangkat dengannya ketika menjalankan tugas. Dalam hal ini, Kor-SUKSIS yang menerima latihan pada tahap 'Inspektor' boleh mengaplikasikan semua pembelanjaran serta latihan mereka ketika menjalankan tugas. Walau bagaimanapun, para pelatih tidak terikat dengan tugas-tugas yang melibatkan operasi, serbuan atau yang mempunyai implikasi sehingga terlibat di dalam prodiding mahkamah. Seperkara yang menarik ialah pelatih kor-SUKSIS akan ditauliahkan sebagai 'Inspektor Kor-SUKSIS' sebaik saja menamatkan latihan asas.

        Di peringkat universiti, kemudahan tempat tinggal khusus di dalam kampus turut disediakan kepada pelatih-pelatih Kor-SUKSIS. Di UMS umpamanya, Kolej Kediaman 'A' dan 'B' disediakan sebagai kediaman rasmi manakala di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kolej Al-Bukhari menjadi pilihan pihak universiti untuk menempatkan pelatih Kor-SUKSIS mereka.

        Pelatih Kor-SUSKIS juga berpeluang untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti universiti dan diberikan keutamaan untuk menjawat jawatan pentingdi dalam persatuan mahasiswa. Malah penglibatan yang aktif di dalam Kor-SUKSIS turut diambilkira di dalam skima pemarkahan peperiksaan siswa-siswi terlibat. Ini sekaligus membantu pelatih mendapatkan keputusan yang baik di dalam pengajian masing-masing.


PENILAIAN DAN PERTAULIAHAN PELATIH

        Semua pelatih diwajibkan mengambil 6 jam kredit sebelum layak ditauliahkan. Penilaian akan diberi sebanyak satu jam kredit pada setiap semester sehingga ke semester yang keenam. Semua keputusan dan jam kredit akan tercatat dalam slip peperiksaan pelatih-pelatih setiap kali menerima keputusan peperiksaan. Semua latihan dan penilaian akan dijalankan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih dari Polis Diraja Malaysia (PDRM)

        Semua pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan telah lengkap 6 semester iaitu 6 jam kredit maka mereka akan ditauliahkan pangkat INSPEKTOR.


PENYERTAAN KOR-SUKSIS

        Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Kor-SUKSIS UMS, sila dapatkan borang permohanan di tempat berikut:

        Tarikh temuduga terbuka akan diadakan di Pejabat Kor-SUKSIS, Bangunan Stadium UMS pada tarikh yang ditentukan. Sila hadir bersama Kad Pengenalan dan Kad Pelajar Universiti.

 

=> Anda di laman:  KEANGGOTAAN Kor-SUKSIS UMS

Free Web Hosting